Hasni Mohammad

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad mengucapkan  tahniah kepada Barisan Nasional (BN) Melaka yang telah mencatatkan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu semalam.

Hasni membuat ucapan itu semasa memulakan ucapannya dalam Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di Kota Iskandar hari ini.

“Tahniah kepada BN Melaka yang telah mendapat kemenangan dalam PRN Melaka,” katanya.

Semalam, BN kembali membentuk kerajaan negeri Melaka setelah berjaya mencatat kemenangan dua pertiga pada PRN negeri itu dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Penawar, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain turut mengucapkan tahniah kepada BN Melaka ketika berucap pada sesi perbahasan.

“Ucapan tahniah dan terima kasih juga ditujukan kepada jentera BN negeri ini yang sama-sama turun berkempen dan menyumbang kepada kejayaan ini,” jelasnya.- MalaysiaGazette