Petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak kepada penerima menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,628 kes yang telah sembuh akibat jangkitan Covid-19 hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah sembuh dalam negara sebanyak 2,493,437.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,885 kes positif baharu dilaporkan hari ini.

Jelas beliau, daripada kes baharu yang dikenal pasti, sebanyak 18 merupakan kes import.

Selain itu ujarnya, 91 daripada kes baharu merupakan kategori 3, 4, dan 5.

Dalam pada itu, menurut Hisham sebanyak 549 kes pandemik berkenaan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 274,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak tujuh kluster baharu dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan.

Manakala sebanyak 233 kluster yang aktif dan 5,655 lagi telah tamat. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Kes positif di bawah 5,000