Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan e-hailing yang melanggar lampu isyarat merah cedera apabila dilanggar oleh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat SS2/24  petang semalam.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan tangan.

Satu klip video berdurasi 12 saat yang memaparkan insiden kemalangan itu telah tular di media sosial di mana penghantar makanan itu melanggar lampu isyarat merah sebelum dilanggar kereta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pukul 4.30 petang.

“Kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Proton Wira dan motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang oleh penghantar makanan e-hailing.

“Penunggang motosikal merupakan lelaki tempatan berusia 51 tahun telah keluar dari simpang Jalan SS2/55 yang menunjukkan lampu isyarat merah sebelum dia dilanggar oleh Proton Wira yang lampu isyarat berwarna hijau dari arah SS2/54,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian dimohon tampil ke balai berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Sarjan Jahir Hussin di talian 017-372 2125. – MalaysiaGazette