Maya Karin rahsia dan tip bagaimana mengejar kejayaan hingga mampu merangkul trofi Pelakon Terbaik.

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) pada 10 Disember ini.depan, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengankerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) akan menganjurkan beberapa bengkel melibatkan pemain-pemain terkemuka industri seni tanah air.

Program yang akan berlangsung selama sembilan hari bermula pada 20 November hingga 29 November ini.

Ia akan disiarkan secara langsung melalui platform media sosial artis-artis yang terlibat dan juga WHAM.

“Program ini kami anjurkan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada peminat, penonton dan pengikut karyawan seni berkenaan akan profesionalisme anak seni tempatan.

“Mereka yang mahu menjadikan kerjaya seni bagi mahu jadi pengarah, mahu jadi pelakon atau jadi penerbit sekalipun, dijemput untuk mengikuti program bengkel yang kami jayakan secara maya ini,” jelas Presiden Persatuan Wartawan dan
Penulis Hiburan Malaysia, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Bemula 20, 21 dan 22 November, tiga primadona filem akan mendedahkan rahsia dan tip bagaimana mengejar kejayaan hingga mampu merangkul trofi Pelakon Terbaik dan antaranya, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Ogy yang sebelum ini merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik sebanyak dua kali menerusi filem Ali Setan dan Puteri terlebih dahulu memenangi Anugerah Pelakon Harapan Terbaik dengan filem debutnya Ceritaku Ceritamu.

Terakhir, dia merangkul Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Langit Petang.

Perkongsian tip ini akan dapat ditonton secara live di IG @kak_ogy dengan penampilan dua editor hiburan, Dean Musthafa dan Roslen Fadzil.

Ogy pernah merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik sebanyak dua kali
menerusi filem Ali Setan dan Puteri

Pada 24, 25 dan 26 November ini , penonton dan pengikut dijemput mendengarkan buah fikiran dan pengalaman tiga pengarah muda tanah air iaitu Syamsul Yusof, Yana Samsudin dan Mawi.

Mereka bakal mendedahkan tip untuk menjadikan karya mereka sebagai karya viral yang mendapat sambutan penonton.

Syamsul merupakan pengarah termuda yang memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia. Di usia baru 25 tahun, dia menewaskan saingannya melalui filem Evolusi KL Drift 2.

Yana Samsudin seawal usia 23 tahun telah mengarah filem pertamanya Selamat Pagi Cinta.

Mawi pula, selain dikenali sebagai penyanyi turut menceburkan diri sebagai pengarah filem menerusi filem pertamanya Tiada Tajuk.

Perkongsian tiga pengarah muda ini boleh disaksikan di laman IG masing masing; IG @syamsulyusoffilm, IG @yanasamsudin, IG@cahayaasmawi dan tidak terkecuali IG WHAM di @wartawanhiburan.

Untuk sesi bersama pengarah muda ini, moderator adalah Nik Syafiq Hadhari ditemani Mohamad Aswad Jalil, Faris Isa dan Farhan Ikram.

Pada 27, 28 dan 29 November pula, tiga ‘gergasi’ dalam industri filem dan drama bersedia mengongsi rahsia mempopularkan karya terbitan sendiri dengan kuasa viral. Pengarah terlibat terdiri daripada Puan Sri Ziela Jalil, Datuk A. Aida dan produser Fadzil Teh.

Ziela memulakan kerjaya sebagai pelakon sebelum kemudiannya mengambil keputusan melibatkan diri secara aktif sebagai penerbit drama dan telefilem.

Karya beliau mendapat tempat di kalangan penonton drama dan telefilem Malaysia sehingga beberapa di antaranya memenangi banyak anugerah dalam kategori yang dipertandingkan.

Antara karya yang dimaksudkan ialah 7 Hari Mencintaiku, Perempuan Lindungan Kaabah dan Jodoh Itu Milik Kita.

A. Aida juga memulakan kariernya sebagai pelakon dan kini secara aktif menjadi penerbit drama bersiri yang menjadi sebutan peminat drama tempatan.

Antara karyanya yang popular ialah Halimah Jongang, Menantu Sepuluh Ribu dan Dia Menantu Rahsia.

Haji Zil pula mencipta nama sebagai penerbit yang menghasilkan banyak drama yang menjadi bualan ramai seperti Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Besan Tiga Segi, Tak Sempurna Mencintaimu, Sara Sajeeda dan Lelaki Kiriman Tuhan.

Perkongsian hebat mereka boleh diikuti secara live di platform IG masing-masing iaitu IG@zielajalil, IG @ a_aidaproduction, [email protected].

Ketiga-tiganya akan ditemani Moderator Sudirman Mohd. Tahir dan dibantu oleh Najiy dan Padin dan Afil. – MalaysiaGazette