Pelancaran Kempen #BeraniTegur dilancarkan oleh Pengerusi Jawatannkuasa Perumahan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda (kiri) di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) melancarkan Kempen #BeraniTegur bagi menasihati orang awam daripada membuang sampah merata-rata.

Pengerusi Jawatannkuasa Perumahan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahim Muda berkata, kempen tersebut dilaksanakan dalam usaha melahirkan ramai menjadi hero kebersihan dalam menjaga alam sekitar.

Kempen bertemakan Let’s Do It Right juga dilancarkan bersempena Penggubalan Dasar Kebersihan Negara oleh KPKT.

Abd Rahim Muda

“Masyarakat akan lebih bermotivasi dan berani untuk bertindak membuat teguran secara terus terhadap sebarang salah laku alam sekitar kepada individu yang ada di sekeliling mereka.

“Perlaksanaan kempen ini diharapkan dapat menerapkan rasa tanggungjwaab terhadap individu untuk memastikan persekitaran terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Kempen #BeraniTegur Peringkat Negeri Pahang yang juga dihadiri Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Abdul Rahim turut menyampaikan hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) dan dan Agensi Terbaik World Clean Up Day. – MalaysiaGazette