Sebahagian penumpang melakukan ujian saringan Covid-19 untuk penerbangan ke Langkawi selepas kerajaan membenarkan pengunjung ingin bercuti ke Langkawi bermula hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,594 kes positif Covid-19 dikesan hari ini berbanding 4,885 kes semalam, peningkatan 709 kes.

Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut meningkat kepada 2,597,080 kes.

Semalam, sebanyak 5,628 kes sembuh direkodkan.

Hisham berkata, purata kes aktif Covid-19 menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus sehingga 20 November lalu bersamaan [Minggu Epidemiologi (ME) ke-46]. – MalaysiaGazette