Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak turun pada hari ini, menyonsangkan keuntungan pada sesi sebelumnya berikutan perbincangan yang semakin hangat bahawa Amerika Syarikat (AS), Jepun dan India akan mengeluarkan rizab minyak mentah untuk ‘menjinakkan’ harga minyak walaupun ancaman permintaan semakin lemah ekoran peningkatan kes Covid-19 di Eropah.

Jabatan Tenaga AS dijangka mengumumkan pinjaman minyak daripada Rizab Petroleum Strategik pada hari ini dan akan diselaraskan dengan negara lain, kata sumber pentadbiran Biden yang arif dengan perkara itu.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS turun sebanyak AS$0.43 atau 0.6%, kepada AS$76.32 setong pada 0128 GMT.

Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.30 sen atau 0.4%, kepada AS$79.40 setong.

Brent dan WTI kedua-duanya meningkat 1% pada Isnin berikutan laporan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Rusia dan sekutu mereka, bersama-sama dipanggil OPEC+, akan menyelaraskan rancangan meningkatkan pengeluaran minyak jika negara pengguna besar mengeluarkan minyak mentah daripada rizab mereka atau jika pandemik melemahkan permintaan. – Reuters