Guru SMKA Al Mashoor (L) mengimbas suhu pelajar sebelum membenarkan mereka memasuki kawasan sekolah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 97.5 peratus guru di negara ini telah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 sehingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, 99.04 peratus guru pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Statistik dan data ini dikeluarkan dari semasa ke semasa.

“Mengenai tindakan bakal diambil terhadap guru yang enggan mengambil vaksin terbabit pula, akan berpandu kepada arahan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Wong Ling Biu (PH-Sarikei) ketika soalan tambahan meminta kerajaan menjelaskan berapa jumlah guru yang sudah menerima vaksin Covid-19 setakat ini. – MalaysiaGazette