Benjamin Mora. Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui aksi berdepan Terengganu Fc sememangnya satu perlawanan yang sukar tetapi berpuas hati dengan keputusan itu yang disifatkan positif kepada mereka.

Walaupun bermula sedikit perlahan, Mora memuji pemain-pemainnya yang melakukan kebangkitan sejurus gol penyamaan Mintah sebelum menyaksikan mereka bermain dengan cemerlang terutama di separuh masa kedua.

“Terengganu memberikan tentangan yang kuat kepada kami dan mereka mempunyai ramai pemain yang bagus seperti Lee Tuck, dua pemain tengah (Dechi Marcel dan Habib Haroon) serta pemain yang pantas di bahagian sayap.

“Kami tidak bermula bagus pada 10 ke 15 minit pertama apabila dibolosi tetapi pemain berjaya memperbaiki keadaan itu di separuh masa kedua apabila dikawal kami sepenuhnya.

“Sepatutnya kami boleh jaringkan satu gol lagi namun satu gol dari sini sudah cukup baik untuk kami bawa pulang ke Johor Bahru dan saya rasa situasi ini beri sedikit kelebihan kepada kami.

“Perancangan saya di separuh akhir kedua adalah sama seperti kami lakukan sebelum ini dengan berikan persembahan terbaik dan tidak bolos di laman sendiri serta perlu menjaringkan gol, itu perlu dilakukan jika mahu muncul juara, ” katanya.

Dalam perlawanan semalam, Jordan Mintah meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit kelapan sebelum Bergson da Silva memadamkan kelebihan dimiliki tuan rumah menerusi gol penyamaan pada minit ke-50.

JDT dan Terengganu FC akan bertemu untuk aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Johor esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast