Golongan remaja bersama penjaga mereka memenuhi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil bagi mendapatkan suntikan vaksin sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja terhadap kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 terus meningkat apabila sebanyak 5,755 kes direkodkan hari ini berbanding 5,594 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif meningkat kepada 2,602,835 kes.

Katanya, sebanyak 4,908 kes sembuh direkodkan dengan 47 kematian dilaporkan semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast