KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM3.05 seliter bagi tempoh 25 November 2021 hingga 1 Disember 2021, kata Kementerian Kewangan.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.