Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dakwaan guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 didiskrimansi boleh dilaporkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kementeriannya sedia melakukan siasatan bagi mengambil tindakan lanjut.

“Memang menjadi keutamaan KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan guru dan murid serta semua warga pendidikan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) mengenai video berhubung dakwaan layanan terhadap guru yang tidak mengambil vaksin Covid-19, ditempatkan dalam tandas dan tempat terpencil, yang tular di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast