Valverde

LONDON- Manchester United dilaporkan telah menghubungi bekas pengurus Barcelona, Ernesto Valverde untuk menjalankan tugas pengurus sementara selepas Ole Solskjaer meninggalkan kelab itu pada Ahad lalu.

Pemilik United berpendapat adalah sukar mendapatkan khidmat Pengurus Paris Saint Germain, Mauricio Pochettino serta merta.

Pada Selasa lalu, bekas pengurus Tottenham Hotspurs itu mengesahkan dia gembira bersama PSG dan tidak akan terganggu dengan khabar angin yang mengaitkannya dengan United.

Valverde, 57, dikatakan menepati kehendak kelab itu namun beliau tidak berpengalaman menguruskan kelab Liga Perdana inggeris dan tidak mahir bertutur bahasa Inggeris.

Selain Valverde dan Pochettino dua lagi calon yang dikaitkan dengan tugas Old Trafford adalah bekas pengurus Real Madrid, Zinadine Zidane dan Pengurus Leicester City, Brandan Rodgers. – MalaysiaGazette