Dr. Mahathir mempertikaikan pemberian 'hadiah' oleh kerajaan Persekutuan kepada Najib.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) diluluskan pada sidang Parlimen di sini hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun membuat keputusan itu menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM417,482,300 bagi Perbelanjaan Mengurus Belanjawan 2022. –

Sementara itu, Menteru Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kementerian akan mewujudkan dasar khusus bagi perumahan perladangan kerana perkara berkenaan menjadi antara isu dipertikaikan kumpulan antiminyak sawit.

“Hakikatnya, mereka tidak tahu aktiviti sawit di negara ini sentiasa mengambil kira isu kemampanan dan mematuhi standard antarabangsa.

“Pada masa sama, kementerian turut berusaha mempertingkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk serta penggunaan teknologi, dan mengukuhkan strategik rakan kongsi serta menambah baik industri huluan dan hiliran sawit,” katanya.

Pada masa sama, kata Zuraida, KPPK akan membentangkan laporan kedudukan industri sawit negara pada sesi pendengaran susulan tindakan diambil Malaysia ke atas Kesatuan Eropah (EU) berhubung kempen antiminyak sawit, pada Januari ini.

Beliau akan mewakili Malaysia untuk membentangkan laporan itu pada persidangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) nanti. – MalaysiaGazette