Jumlah kes baharu Covid-19 melonjak hari ini apabila negara mencatatkan sebanyak 6,144 berbanding 5,755 semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 melonjak hari ini apabila negara mencatatkan sebanyak 6,144 berbanding 5,755 semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,608,979 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan di muat naik ke laman sesawang covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari di kemas kini selepas tengah malam. – MalaysiaGazette