Sulu Royal Army evade Sabah attack Southern Philippines militia #ReopeningSafely interstate travel Reopening Safely
Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah merancang secara sistematik bagi penggantian pesawat Hawk 108 dan Hawk 208 mengikut garis Pelan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, susulan nahas pesawat Hawk 108 yang terhempas pada minggu lalu, kerajaan akan lebih menitikberatkan keselamatan pesawat pejuang.

Beliau berkata demikian dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Parlimen dan menjawab soalan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang membangkitkan isu penggantian Hawk perlu disegerakan.

Tambah Hishammuddin, kerajaan juga telah meluluskan perolehan pesawat pejuang baharu yang sedang dalam penilaian.

“Kerajaan juga telah memulakan proses penggantian dengan meluluskan perolehan baru Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) melalui rolling plan satu tahun 2021,” katanya.

Selesai sahaja Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, sidang Dewan Rakyat akan diteruskan semula dengan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ko ni adalah beban kpd parti..ko jd Menteri Pertahanan, tetapi parti ko kalah di semua undi tentera? Letak jawatan lahhh semak tgk muka ko ni

Comments are closed.