Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan akan memanggil pemilik akaun Facebook ‘Aemierulrizaki Rambli’ untuk memberikan keterangan selepas didapati menyebarkan tuduhan tidak berasas, mengatakan perjudian dan pelacuran berleluasa di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah berkenaan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalang di sebalik akaun Facebook berkenaan telah dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.