Home Minister, Datuk Seri Hamzah Zainudin at a news conference at the Kuala Lumpur Convention Centre. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 25 NOVEMBER 2021 Perikatan Nasional three corner fight PN 3 election
Home Minister, Datuk Seri Hamzah Zainudin at a news conference at the Kuala Lumpur Convention Centre. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 25 NOVEMBER 2021. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 25 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Rentetan  Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang tidak memihak kepada Perikatan Nasional (PN), gabungan parti itu kini dalam proses untuk mencari satu kaedah di mana tiada lagi pertembungan tiga penjuru pada masa depan.

Setiausaha PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpendapat, perkara itu harus dilakukan bagi mengelak berlakunya perpecahan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Yang penting kepada kita adalah bagaimana kita nak mencari satu kaedah untuk tidak ada lagi pertembungan (tiga penjuru).

“Itu lebih penting kepada saya daripada apa yang lain sebab yang penting kepada kita adalah rakyat maka sebab itu post mortem yang kita lakukan adalah untuk mencari penyelesaian dengan spesifik dan saintifik untuk kita ketengahkan dan berikan kepada pemimpin yang ada dalam negara,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan agensi persendirian di ibu negara hari ini.

Ditanya hasil bedah siatan yang akan dibuat PN selepas kekalahan di PRN Melaka, Hamzah berkata, pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan beberapa kumpulan dan badan-badan tertentu untuk menghasilkan data-data analisis yang lengkap pada PRN itu.

“Perbincangan telah ada semasa pusingan pertama post mortem dan kita telah bincang di mana PN telah mengadakan perbincangan bersama komponen parti dalam PRN Melaka baru-baru ini dan kita dapati ada pertambahan dari segi sokongan yang diberikan kepada PN,” katanya lagi.

Pada PRN Melaka minggu lalu, PN hanya mengekalkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manalaka Pakatan Harapan (PH) kalah teruk dengan hanya memdapat lima kerusi DUN.

Barisan Nasional (BN) pula mencatat kemenangan bergaya apabila mendapat 21 kerusi ekoran pertembungan tiga penjuru pada PRN kali ke 15 itu. – MalaysiaGazette