Muafakat nasional
Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas digesa kembali ke meja rundingan demi demi kestabilan dan kemakmuran Islam dan semua bangsa di Malaysia.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, Muafakat Nasional (MN) adalah muafakat antara Pas yang mewakili gagasan (Pas, Ikatan dan Berjasa) dan UMNO yang mewakili Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS).

Manakala PN hanya dianggotai oleh parti-parti politik tunggal bukan gabungan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Pas, Gerakan dan Star).

Dari segi struktur organisasi sahaja, MN lebih baik dan berstruktur dari PN apalagi dari segi jumlah ahli dan kekuatan jentera.

”Jelas, andai dua parti ini kekal kukuh, PPBM yang dulu dalam PH pun, boleh rebah.

Menurutnya, apabila PPBM mendaftarkan PN, ia sebenarnya sesuatu yang silap besar kerana agenda mereka jelas, ingin mengkuburkan dan mengecilkan kekuatan UMNO, selain ditambah pula dengan kebangkitan MN.

Hakikat asalnya MN seumpama nukleus yang kemudiannya mencetuskan momentum yang lebih besar bernama kerajaan PN.

Dengan pengertian lain, ia bermaksud tanpa pengukuhan MN, Kerajaan PN tidak dapat dipertahankan.

”Tidak ada ruginya, MN menjadi tunjang menuju PRU-15 nanti. Saya banyak bertanya kepada orang-orang yang tidak berparti termasuk anggota keselamatan dan juga bangsa lain, mereka jelas lebih selesa dengan MN.

”Mereka jawab, setelah 22 bulan PH perintah, mereka bukan nak stabilkan negara, tetapi mengambil jalan membalas dendam dan merosakkan ekonomi dan kestabilan kaum,” ujar beliau.

Muhamad berkata, ada yang memberitahu walau BN tidak sempurna, tapi setelah apa yang terjadi selepas PH memerintah, mereka lebih nampak mana kaca, mana permata.

Dan mereka akhirnya menterjemahkan undi  kekalahan demi kekalahan PH semasa PRK di beberapa negeri. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. selagi ego dendam kesumat benci membenci hasad dengki tiada sifat kemaafan semua PIHAK….jangan bermimpi UNTUK pegang pada TALI ALLAH dapat dimeterai dan dimurnikan sampai kiamat

Comments are closed.