Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik yang menjadi wakil rakyat bebas selepas tumbang kerajaan Pakatan Harapan akhirnya memilih menyertai PKR hari ini.

Pengumuman itu dibuat sempena lawatan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Jelajah Presiden Keadilan ke Parlimen Simpang Renggam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) petang ini.

Menurut Anwar, penyertaan bekas Menteri Pendidikan itu ke dalam PKR akan memperkukuhkan kekuatan parti dan Pakatan Harapan (PH) di Johor.

Pengumuman dan majlis itu disiarkan secara langsung di media sosial PKR.- MalaysiaGazette