Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 29 kematian dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 dicatatkan setakat tengah malam tadi.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat wabak itu kini mencecah 30,309 kes.

Laman sesawang COVIDNOW menunjukkan enam daripada kes dilaporkan itu membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Bagaimanapun, sejumlah 6,130 pesakit Covid-19 yang meninggal dunia adalah di luar fasiliti kesihatan setakat ini.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan tujuh daripada kematian akibat wabak tersebut dilaporkan di Perak, masing-masing enam kes di Kedah dan Kelantan serta masing-masing dua kes di Johor, Pahang, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette