Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menawarkan Sinovac sebagai pilihan dos penggalak adalah terhad ketika ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 96.9 peratus atau 22,689,471 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.3 peratus atau 23,028,508 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu 89.7 peratus atau 2,822,370 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 86.1 peratus atau 2,709,263 individu remaja telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 135,914 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,313 suntikan dos lengkap, 4,703 dos pertama dan 122,898 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,517,981 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,457,510. – MalaysiaGazette