Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sabah

LAHAD DATU – Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Puyut, di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan pengusung dan tali selepas pihak Sabah Electricity Sdn Bhd memotong bekalan elektrik di kawasan itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak dikenali oleh penduduk kampung terbabit.

Sumsoa berkata operasi ditamatkan pada 1.36 tengah hari dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here