Covid-19 cases Noor Hisham Abdullah infection
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kes harian jangkitan Covid-19  hari ini naik kepada 5,439 kes setakat 12 tengah hari tadi.

Peningkatan kes inimenyaksikan trend penurunan kes positif harian yang selama ini kekal pada paras sekitar 4,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam ciapannya berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif kepada 2,638,221 setakat ini.

Semalam, sebanyak 4,879 kes positif dilaporkan di dalam negara.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my – MalaysiaGazette