Seorang anggota PDRM wanita menerima suntikan dos ketiga di IPK Pahang hari ini.

KUANTAN – Seramai 3,137 atau 45.9 peratus daripada 6,830 pegawai dan anggota polis Pahang sudah menerima suntikan penggalak Covid-19 secara berperingkat sejak 26 Oktober 2021 lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bakinya 3,693 akan menerima suntikan dos ketiga itu dalam tempoh dua minggu atau selewat-lewatkan penghujung Disember ini.

“Sambutan dalam kalangan anggota sangat menggalakkan, semuanya teruja dan berpuas hati menerima ‘booster dose’ di semua daerah di Pahang.

“Meskipun tiada paksaan dalam pengambilan dos ketiga ini, namun mereka mangambilnya dengan sukarela sebagai pelindunan diri dan masyarakat,” katanya ketika ditemui semasa program pemberikan dos penggalak di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang hari ini.

Program itu melibatkan seramai 457 anggota polis dan pegawai awam IPK Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast