no holiday in Kuala Lumpur BNM banks KL City FC wins Malaysia Cup
Walaupun Kuala Lumpur diisytiharkan cuti pada Jumaat 3 Disember namun Bank Negara dan bank-bank lain tetap beroperasi seperti biasa.

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Kuala Lumpur akan dibuka dan beroperasi seperti biasa esok.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter akan terus beroperasi.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan Jumaat diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan susulan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

— BERNAMA