Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani . Foto MOHD ADZLAN.

MELAKA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai 58 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, sempena Sambutan Hari Jadi ke-72 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di sini hari ini.

Acryl Sani dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada istiadat penganugerahan di Kompleks Seri Negeri di sini.

Turut menerima anugerah sama adalah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Tujuh individu pula menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira membabitkan isteri Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Munira M Yusop, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Wira Zamri Yahya, bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Wira Soh Chin Ann, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Datuk Wira Hasan Abd Rahman.

Selain itu Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen dan Datuk Wira Abdul Mutalif Abdul Rahim.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Datuk Anselm Charles Fernandis pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 48 individu pula menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran Datuk, membabitkan Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Abd Aziz Engan, Ketua ICT Negeri Melaka (Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Datuk Shamsudin Sharif, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) Datuk Mustafa Musa.

Ketua Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Datuk Dr Suhana Md Saleh, Datuk Dr Abd Kahar Abd Asis, Datuk Dr Abd Lah@Abdullah Awang, Datuk Chua Seng Leang, Datuk Afeef Abdul Qader Mansoor Al-Gailani.

Datuk Ahmad Fahimee Ismail, Datuk Heng Tang Hock, Datuk Amran Hafiz Affifudin, Datuk Azizan Ahmad, Datuk Azlan Ahmad, Datuk Azman Maat, Datuk Kang Chun Keong, Datuk Dr Hafez Hussain, Datuk Jarnail a/l Ram Singh, Datuk Lee Fook Yuen, Datuk Ibrahim Darus.

Datuk Kharis Bani, Datuk K Kishor Kumar a/l Karuppiah, Datuk Mohamad Azri Abdul Rahman, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Datuk Lieo Yong Tiam, Datuk Mohamad Khairi A Malik, Datuk Mohd Halim Why Abdullah, Datuk Mohd Roslee Abd Hamid.

Datuk Ling Thou Lung, Datuk Mohd Asri Abdol, Datuk Mohd Saufi M. Yusop, Datuk Mohd Sharil Abdullah, Datuk Low Kim Hock, Datuk Mohd Yusri Md Yusof, Datuk Ng Kam Meng, Datuk Rushdan Mohamad, Datuk Samsudin Basir, Datuk Syamsul Omar, Datuk Ong Bee Shing, Datuk Thangadurai a/l Govindarajoo.

Datuk Tajuddin Abdul Latif, Datuk Tan Kung Hoe, Datuk Tengku Daud Shah Tengku Adnan, Datuk Wee Ka Seng, Datuk Wan Naimah Wan Daud, Datuk Wong How Hua dan Datuk Zakaria Ahmad Zabidi. – Bernama