Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah.

KUALA LUMPUR –┬áBalai Polis Setapak akan ditutup sementara mulai hari ini sehingga Jumaat 10 Disember 2022 susulan beberapa orang pegawai polis dari Balai Polis Setapak telah dijangkiti Covid -19.

Penutupan itu atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penularan Covid-19, kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Ashari Abu Samah.

Segala urusan termasuk pengeluaran permit, boleh mendapatnya di balai polis yang berhampiran (di bawah pentadbiran IPD Wangsa Maju).

Meskipun begitu, perkhidmatan polis kepada masyarakat di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak seperti rondaan cegah jenayah tetap dijalankan seperti biasa melalui Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) dan elemen lain dalam Polis Diraja Malaysia.

Masyarakat khususnya di bawah pentadbiran Balai Polis Setapak jika memerlukan bantuan boleh menghubungi Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala
Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan. – MalaysiaGazette