Yasmin Hani dan Shahrin. Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Spekulasi rumah tangga Yasmin Hani dan Shahrin Razali yang berantakan akhirnya terjawab apabila pengacara dan pelakon itu mengesahkan mereka sudah berpisah melalui hantaran di Instagram (IG),

Menerusi hantaran itu, pelakon drama Hotel itu memberitahu, dia dan Shahrin dapat melaksanakan apa yang dipersetujui secara sepakat.

“Kami bersetuju memulakan perjalanan baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi,” tulisnya.

“Semua ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami. Saya juga mahu ucapkan terima kasih buat semua yang menitipkan kata positif dan doa.

“Walaupun memilih untuk berpisah, kami akan terus menjadi keluarga penyayang. Malah, perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat.

“Kami masih rapat kami kami tetap ibu dan bapa kepada Noah dan Eissa. Moga ruang privasi ini terus dihormati.

“Sama-sama kita menyebarkan aura positif. Alhamdulillah, kami okay dan pandang ke hadapan,” katanya lagi.

Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose itu berkahwin pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5. – MalaysiaGazette