Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat selepas runtuhan salji maut di wilayah Salzburg, Austria, Sabtu.-Foto NBC News

BERLIN – Tiga pemain ski terbunuh dan dua lagi cedera dalam runtuhan salji di tengah Austria, kata pihak berkuasa.

Mangsa adalah sebahagian daripada sekumpulan 11 orang pemain ski.

Lapan daripadanya terkena runtuhan salji selebar kira-kira 655 kaki ketika mereka mendaki cerun semasa lawatan ski pada hari Sabtu di kawasan Tweng, di wilayah Salzburg.

Tiga daripada pemain ski itu tertimbus di dalam runtuhan salji.

Manakala dua lagi turut tertimbus namun dapat membebaskan diri, kata polis  dalam satu kenyataan.

Penyelamat dapat mengesan dua mangsa lain dengan bantuan alat peranti.

Seorang didapati sudah meninggal dunia dan seorang lagi kemudiannya meninggal dunia di sebuah hospital di Klagenfurt.

Pemain ski ketiga yang tertimbus tidak membawa alat peranti carian.

Mayatnya ditemui kira-kira empat jam selepas runtuhan salji kembali reda.

Mangsa merupakan lelaki Austria, dua daripadanya berumur 19 dan seorang lagi 24. – NBC News