Fazura dan anaknya, Fatima

KUALA LUMPUR – Khuatir dengan kemunculan varian Omicron,  Fazura membuat keputusan untuk tidak membawa anaknya bercuti dalam waktu terdekat.

Pelakon itu mengutamakan nyawa dan keselamatan cahaya matanya. 

“Maaf Fatima, nampaknya kita tidak akan pergi bercuti dalam masa terdekat ini. Mummy sayang awak melebihi daripada segalanya,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Untuk rekod, baru-baru ini Malaysia merekodkan kes pertama varian Covid-18 jenis Omicron membabitkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

Penemuan itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media baru-baru ini.

Setakat ini, varian tersebut dikesan merebak sekurang-kurangnya ke 26 buah negara termasuk Singapura.

Dalam pada itu, keputusan Fazura itu turut disambut baik  rakan selebriti lain yang menyifatkan waktu ini tidak sesuai untuk bercuti.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast