MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets
Seorang wanita akan direman sprm esok kerana disyaki menerima habuan bulanan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan lima bilik gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Bilik-bilik gerakan tersebut adalah di Pejabat SPRM Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang.

Semuanya akan beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang tempoh PRN berlangsung.

SPRM berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected],” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut mengingatkan agar calon dan parti politik bertanding tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – MalaysiaGazette