Petugas kesihatan dan waris mengendalikan pengebumian jenazah bayi yang dijangkiti Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam As-Sobirin AU4, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 66 kematian terbaharu akibat Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 30,718 kes.

Daripada jumlah kematian itu, sebanyak sembilan orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.

Terengganu merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 12 kes, diikuti Selangor (11), Kedah (8), Perak (7), Pulau Pinang (6), Sabah (5), Negeri Sembilan (4), Johor (3), Kuala Lumpur (3), Kelantan (2 ), Pahang (2), Sarawak (2) dan Melaka (1).

Menurut Kementerian Kesihatan, tiada kematian baru dilaporkan di Putrajaya, Perlis dan Labuan.

Sebanyak 60,411 kes aktif Covid-19 dilaporkan setakat semalam termasuk 437 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 240 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Malaysia merekodkan sebanyak 2,667,999 kes keseluruhan jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette