Seorang pekerja mengambil sampel minyak di telaga minyak di Morichal, Venezuela. foto Agensi

TOKYO – Harga minyak lebih rendah pada hari Rabu, membalikkan keuntungan dari awal minggu, apabila pelabur cuba menilai kesan penuh varian koronavirus Omicron terhadap permintaan bahan api global dan keberkesanan vaksin sedia ada.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.25 atau 0.3%, kepada AS$75.19 setong pada 0129 GMT, selepas mencatatkan 3.2% lebih tinggi pada hari Selasa.

Manakala minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate berada pada harga AS$71.86 setong, turun AS$0.19 atau 0.3%, setelah menokok 3.7% pada sesi sebelumnya.

Harga minyak melantun awal minggu ini daripada kejatuhan minggu lalu berikutan keyakinan yang meningkat bahawa varian Omicron baharu tidak akan menyebabkan kerosakan ekonomi yang besar.

“Selepas terlebih jual minggu lepas kerana kebimbangan tentang kesan Omicron, terdapat pembetulan minggu ini mengenai tanda-tanda Omicron mungkin ringan,” kata Hiroyuki Kikukawa, pengurus besar penyelidikan di Nissan Securities.

Bagaimanapun, kata, para pelabur masih belum optimistik sepenuhnya dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga mereka mengetahui tentang kesan penuh Omicron. – Reuters