KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.99 seliter bagi tempoh 9 Disember 2021 hingga 15 Disember 2021

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah
meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette