Shalin Zulkifli

KUALA LUMPUR – Bapa kepada ratu boling negara, Shalin Zulkifli, meninggal dunia petang semalam.

Shalin berkata, tahap kesihatan bapanya, Zulkifli Mohd Ali, 71, mula merosot sejak terkena serangan strok pada 2015 dan semalam meninggal dalam tidur.

“Saya harap anda akan dapat memaafkan bapa saya atas apa-apa kesilapan atau kesalahan di sepanjang hidupnya selama 71 tahun. Sila maklumkan pada saya jika arwah ayah ada berhutang dengan sesiapa… Insya-Allah kami akan cuba untuk membayar setiap orang, supaya beliau boleh pergi dengan tenang.

“Maafkan saya jika saya tidak dapat menjawab kepada setiap dan semua orang, tetapi kami amat berterima kasih atas doa semuanya,” kata bekas juara dunia dua kali itu di Facebooknya malam tadi.

Shalin berkata, allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara hari inui selepas disembahyangkan di Surau Mutiara Damansara. – MalaysiaGazette