MGNews: SYUKUR..Bantuan Kerajaan Buat Kami Bernafas Semula

KUALA LUMPUR – Tiada siapa pernah menduga, Covid-19 yang melanda seluruh dunia juga meninggalkan kesan amat pedih buat rakyat Malaysia.

Ramai yang terkesan. Ada yang hilang pekerjaan, syarikat tutup, gaji tidak dibayar dan pelbagai lagi ujian yang dihadapi seluruh rakyat di negara ini. Perkara sama turut dirasai Rozana Hassim, 44, yang merupakan pengusaha van sekolah.

Mengakui terduduk saat dikhabarkan sekolah terpaksa ditutup kerana itulah punca pendapatan dia dan suaminya sejak beberapa tahun sebelum ini.