Foto Facebook Nora Danish.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nora Danish menerima kecaman netizen di media sosial apabila memuat naik beberapa keping gambar mandi buih bersama suaminya, Mohamad Nedim Nazri.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik di akaun Facebook miliknya hari ini, lima gambar tersebut dipercayai dirakam ketika percutian pasangan berkenaan di Langkawi.

“Main buih jap…Swipe left kalau nak tengok Santa Claus i 🙂 cute kan?” tulisnya ringkas pada kapsyen gambar tersebut.

Rata-rata netizen mengecam tindakan Nora memuat naik gambar berkenaan di media sosial. – MalaysiaGazette