Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob berucap pada Forum ‘Prinsip Kesepaduan Sosial Dalam Membina Keluarga Malaysia: Realiti dan Cabaran’ sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Nilai-nilai perpaduan, keamanan dan ketahanan sosial mampu mengekang pengaruh ekstremisme malah menjadi instrumen penting dalam pembinaan ‘keluarga’.

Itu antara intipati ucapan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dalam forum ‘Prinsip Kesepaduan Sosial Dalam Membina Keluarga Malaysia: Realiti dan Cabaran.

Kata Muhammad, pengaruh ekstremisme yang sering kali menggunakan naratif agama, etnik dan bangsa dalam penyebaran idealogi mereka boleh dikekang seandainya semua pihak memainkan peranan pupuk nilai kesepaduan sosial dalam masyarakat.

“Dalam konteks pencegahan keganasan dan ekstremisme ganas, naratif yang sering diketengahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terutamanya di Malaysia.

“Naratif yang bertujuan untuk memecah-belahkan masyarakat masyarakat dan melemahkan perpaduan negara, sinilah letaknya peranan semua pihak untuk menangkis naratif ‘dasyat’ dan berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian forum anjuran bersama Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) sempena Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia do Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Antara yang turut bersama dalam forum tersebut termasuklah Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Prof Datuk Dr Denison Jayasooria dan Kuhan Pillai Anbakalan yang mengupas topik realiti dan cabaran prinsip kesepaduan sosial.

Dalam pada itu, kata Muhammad Shahrul tema kesepaduan sosial yang diangkat adalah seiring dengan aspirasi Kementerian Luar Negeri iaitu menyuburkan falsafah hidup bersama dalam budaya damai yang menggalakan budaya dialog setiap lapisan masyarakat.

Sementara itu, Pengarah SEARCCT, Datuk Ganeson Sivagurunathan berkata, salah satu cara terbaik untuk memastikan perpaduan dihayati dan dijiwai sepenuhnya ialah melalui pendidikan dan penghayatan nilai kemanusian.

“SEARCCT sentiasa ambil kira pelbagai pendekatan terkini dalam melaksanakan program pencegahan terhadap sebarang jenis keganasan yang sedang atau dijangka berlaku pada masa akan datang.

“Sebenarnya usaha untuk mencegah isu keganasan ini bukan sahaja terletak ada pihak berkuasa sahaja sebaliknya langkah menangani memerlukan gabungan dan kerjasama semua pihak,” ujarnya.

Pada 7 Disember lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah melancarkan ‘Kerangka Dasar Luar Malaysia’ merangkumi dokumen yang pragmatik dan holistik dalam mencapai matlamat utamanya memupuk masa depan lebih aman dan makmur.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula dari 9 sehingga 12 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menampilkan pelbagai aktiviti dan pameran. -MalaysiaGazette