Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penggunaan penyepit sebagai analogi untuk menggambarkan kegagalan kaum Cina untuk berasimilasi di negara ini mendapat perhatian bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Rafizi yang juga bekas Naib Presiden PKR berkata, tanggapan Mahathir itu  tidak adil kepada kaum Cina dan India di negara ini.

“Saya pun makan dengan chopstick (penyepit) kalau makan mee atau sushi. Rakyat Amerika, UK dan lain-lain berketurunan Cina pun makan dengan chopstick.

“Pandangan bahawa rakyat Malaysia yang muda-muda berketuruan Cina & India tidak setia kepada negara sangat tidak adil kepada mereka. Kesian diaorang,” katanya di Twitter beliau.

Rafizi berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Mahathir mengenai penggunaan penyepit sebagai analogi untuk menggambarkan kegagalan kaum Cina untuk berasimilasi di negara ini.

Semalam, Mahathir berkata, orang Cina telah mengekalkan budaya dan cara hidup mereka di Malaysia, dengan menyebut penggunaan penyepit dan bukannya “mengguna pakai cara rakyat Malaysia” dengan tangan. – MalaysiaGazette