Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain import baharu pertama untuk musim Liga Malaysia 2022 iaitu Jang Suk-Won yang juga merupakan bekas pemain Melaka United.

Pemain berusia 32 tahun berasal dari Seoul, Korea Selatan itu adalah bekas pelatih skuad kebangsaan Korea Selatan Bawah 20 dan 23 tahun dan pernah mewakili pasukan Seongnam FC dan Fagiano Okayama sebelum beraksi dengan Melaka United sejak musim 2019.

“Dia antara pemain utama pasukan lamanya ketika membantu kebangkitan Melaka United FC musim lepas sehingga layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia.

“Pengalaman Jang beraksi dalam liga tempatan dijangka memberi kelebihan untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan ketika pra-musim dan posisi tengah pertahanan KDA FC kini dibawah tanggungjawabnya bergandingan dengan beberapa muka baru lagi,” tulis KDA FC di laman Facebook miliknya. – MalaysiaGazette