Selepas dua kemenangan di kejohanan Piala AFF 2020, pemain-pemain Vietnam telah berjaya mengutip duit bonus kemenangan sebanyak RM272,000. Foto ESPN

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) mengumumkan bonus kemenangan berjumlah VND1 bilion atau RM181,000 selepas skuad bimbingan Park Hang-seo berjaya menumpaskan Malaysia 3-0 kelmarin.

Menurut laporan ZingNews, keputusan untuk ‘menabur’ bonus itu adalah sebagai satu cara untuk mereka memberikan motivasi kepada para pemain untuk meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFF 2020 seterusnya mempertahankan kejuaraan mereka.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pihak VFF memberikan bonus kemenangan dalam kempen mereka di Piala AFF 2020, dimana sebelum ini ketika perlawanan pertama mereka berdepan Laos, pihak VFF telah memberikan duit bonus kemenangan sebanyak VND500 juta atau RM91,000.

Secara keseluruhannya, selepas dua kemenangan di kejohanan Piala AFF 2020, pemain-pemain Vietnam telah berjaya mengutip duit bonus kemenangan sebanyak RM272,000 dan dijangka akan terus meningkat lebih banyak selepas ini.

Pasukan Vietnam akan turun bertemu pasukan Indonesia esok dalam perlawanan ketiga mereka dalam kumpulan B.

Berdasarkan apa yang dipamerkan oleh skuad Vietnam ketika ini, mereka dijangka tidak akan berdepan masalah besar untuk menang semua perlawanan peringkat kumpulan dan layak ke peringkat separuh akhir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast