41 penuntut Politeknik Nilai, Bandar Ekstek positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 41 penuntut Politeknik Nilai di Bandar Enstek disahkan positif Covid-19 setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar, Kesihatan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, Kluster Persiaran Pendidikan Nilai mula dilaporkan pada 8 Disember lalu.

“Sebanyak 11 kes pertama dikesan melalui saringan menggunakan RTK Saliva Test Kit pada 3 sehingga 6 Disember lalu.

“Daripada 11 kes tersebut, seramai 36 kontak rapat dikesan dan 19 kes positif, ” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah berkata, hasil saringan yang dijalankan terhadap 440 penuntut di Politeknik itu mendapati hanya 41 positif Covid-19 manakala 399 orang lagi tidak bergejala.

“Seramai 10 orang sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin manakala selebihnya berada di blok asrama.

“Bagi 38 kontak rapat pula, sudah diasingkan di blok asrama yang berbeza. Setakat ini 14 kes positif sudah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Veerapan menafikan dakwaan 40 individu positif Covid-19 seperti yang disebut dalam satu mesej yang tular.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan terdapat 10 individu daripada sebuah keluarga di Broga, dikesan positif wabak berkenaan.

“Sembilan daripadanya didapati mempunyai kontak rapat dan mereka sudah dihantar ke PKRC Tampin. Bagaimanapun, kesemuanya berada di bawah kawalan dan tidak perlu bimbang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast