KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter kepada RM3.00 seliter bagi tempoh 16 Disember 2021 hingga 22 Disember 2021.
Sementara harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling tersebut.
Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette