KUALA LUMPUR – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kini bertugas sebagai juruiring rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut sumber Pejabat Perdana Menteri (PMO), Nik Ezanee, 43, telah memulakan tugas rasminya hari ini
”Beliau telah diarahkan untuk lapor diri bermula hari ini di Pejabat Perdana Menteri,” menurut sumber Astro Awani.
Sebelum menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Nik Ezanee pernah memegang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Ezanee yang dihubungi mengesahkan pelantikan tersebut. – MalaysiaGazette