Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memaklumkan seorang delegasi yang menyertai Antony J. Blinken yang disahkan positif Covid-19 tidak menyertai mana-mana program Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu.

Delegasi itu disahkan positif selepas mematuhi semua keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, katanya.

Ia juga mengesahkan delegasi lain disahkan negatif sebaik sahaja tiba di negara ini.

Rombongan Blinken tiba di negara ini malam tadi.

”Kami mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas sokongan cemerlang demi kesihatan dan kesejahteraan individu positif Covid-19 dan orang ramai serta Kementerian Luar Malaysia atas sokongan mereka untuk lawatan ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast