Tiada lokaliti PKPD baharu untuk hari keenam berturut-turut di dalam negara oleh MKN. Sumber MKN

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang lokaliti baharu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, selain lokaliti baharu, perkembangan terkini juga menyaksikan  tiada sebarang perlanjutan dan juga penamatan PKPD di mana-mana negeri yang kini menjalani pelan Pemulihan Negara Fasa 4 ketika ini.

Kali terakhir lokaliti PKPD dilaksanakan pada 10 Disember lalu menyaksikan penamatan PKPD di lokaliti Pusat Penagihan Narkotikdi Raub, Pahang pada 11 Disember lalu.

Sejak itu, sehingga kini tiada sebarang lokaliti baharu, pelanjutan atau penamatan PKPD diumumkan kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast