Foto dnaindia.com.

SAN JUAN, Puerto Rico – Buat pertama kali dalam tempoh 70 tahun, pertandingan akhir ratu cantik Miss World 2021 dibatalkan  dan ditunda ke tarikh lain selepas ramai pesertanya dijangkiti virus Covid-19.

CNN melaporkan, seramai 23 daripada 97 finalis pertandingan itu disahkan positif, selain sebilangan kru produksi dan petugas lain turut dijangkiti sama.

Penganjur dalam satu kenyataan berkata, peringkat akhir Miss World 2021 yang dijadualkan berlangsung kelmarin dari Puerto Rico ditunda pada tahun depan susulan isu berkaitan kesihatan dan keselamatan para peserta, petugas, kru dan orang awam.

Acara Miss World tahun ini diadakan di Koliseum Miguel Agrelot,  San Juan, Puerto Rico  dibatalkan beberapa jam ia dimulakan.

“Kami akan memastikan jelitawan untuk kembali bertanding bagi merebut mahkota Ratu Cantik Dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Miss World Ltd, Julia Morley. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast