KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim) Negeri Pahang mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) sejak 4.15 petang semalam selepas bot Kelas C yang dinaiki lima nelayan warga Myanmar karam.

Bot berkenaan dilaporkan karam pada pagi Jumaat sekitar 8.3 batu nautika tenggara Kuala Kuantan.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, empat daripada mangsa yang berusia di antara 25 hingga 37 tahun telah diselamatkan oleh bot nelayan yang berada sekitar lokasi kejadian.

Manakala seorang lagi nelayan masih bilang.

Menurut Imran, berdasarkan maklumat yang diterima bot berkenaan karam akibat dipukul ombak laut yang bergelora berserta angin kencang.

Jelasnya, komuniti nelayan tempatan dan beberapa rakan pemilik bot juga telah membuat pencarian seorang lagi mangsa.

CARILAMAT berkenaan turut melibatkan pesawat udara Maritim dengan keluasan sektor pencarian 178 batu nautika persegi.

“Maritim Malaysia sentiasa meningatkan kepada komuniti maritim khususnya bot-bot nelayan tempatan terutama bot-bot kecil supaya berwaspada dengan amaran angin kencang dan laut bergelora yang sedang melanda kawasan pantai timur.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan kegiatan jenayah atau di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999,” katanya menerusi kenyataan.-MalaysiaGazette