Najib Razak Tim Leissner 1MDB Goldman Sachs corruption bribe job offer
Najib Razak

 

KUALA LUMPUR – Para pemimpin dan akar umbi UMNO diingatkan terus mempertahan dan perkukuhkan parti ini kerana UMNO bukan sahaja rumah bagi para penyokongnya tetapi payung rakyat.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, kedua-dua peranan itu jangan dilupakan.

Sempena persidangan peringkat Bahagian UMNO hari ini, beliau turut mengingatkan para Perwakilan UMNO diingatkan terus bersuara untuk keperluan dan kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah bersuaralah tidak kira dalam kerajaan atau pembangkang, berjawatan atau akar umbi kerana inilah perjuangan kita.

Pada 8 Disember lalu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO pmemutuskan untuk mengadakan mesyuarat empat peringkat UMNO iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri dan UMNO Bahagian pada 11, 12, dan 18 Disember di seluruh negara.

MKT UMNO juga memutuskan Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan pada 13 hingga 15 Januari tahun depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast